Pages

Saturday 7 March 2015

Peminat Kutuk Rozita Che Wan Kerana Buat aksi di Masjidil Haram..



Cantik sungguh telekung yang dipakai oleh Rozita Che Wan semasa menunaikan umrah.. Nampak ‘eksklusif’ dan mewah sangat telekung tu.. Katanya itu ada telekung pemberian Datin Aida pada Che Ta.. Datin Aida mana Miss A tak tahu pulak..

Bukan kecantikan dan kemewahan telekung tu yang Miss A nak fokuskan, sebaliknya telekung ‘ekskusif’ tu yang menjadi tarikan peminat Che Ta..

Menerusi laman Instagram Che Ta dia berkongsi gambar mengenakan telekung yang diberi oleh Datin Aida tu.. Sekarangkan Che Ta menunaikan umrah, waktu dia mengambil gambar tu dia berada di Masjid Al-Haram..

Terkejut jugak Miss A bila membaca beberapa komen dari peminat Che Ta.., kebanyakan seperti menghentam tindakan Che Ta memakai telekung 'mewah' tu..

Almaklumlah, pernah dengar tak orang cakap bersederhana itu lebih baik? Mungkin itu punca Che Ta dikecam.. Ada jugak peminat yang mengatakan sepanjang dia berada di Mekah tak pernah nampak orang melawa macam Che Ta.. Semua berada disana kelihatan serba sederhana..

Mungkin Che Ta tak tahan dengar kritikan dan kecaman yang diberi, dia pun membalas setiap komen hatersnya.. Dia sertakan hashtag memerli peminatnya..

Apapun, Miss A pasti penampilan Che Ta ni telah menarik mata ramai orang semasa berada disana.., cantik kot telekung tu.. Telekung cantik-cantik memang pakai untuk tunjuk kat orang.. Takkan pakai nak buat sembahyang dalam rumah je.. Secara jujurnya, Miss A rasa bersederhana itu lebih baik.. Miss A/UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment