Pages

Tuesday, 2 June 2015

4 Topik Yang Sering Digosipkan Wanita Zaman Sekarang

Gosip dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Jika ada masa terluang pasti anda dan sahabat akan menghabiskan masa dengan bergosip.
Pantang jumpa je, pasti ada topik yang akan dibincangkan. Dari perkara yang penting hingga perkara yang tidak penting pun boleh menjadi topik perbualan.
Bercakap mengenai wanita zaman sekarang, topik apa la yang mereka sering digosipkan?
Jom kita kupas lebih dalam lagi tentang empat perkara yang sering digosipkan oleh wanita zaman sekarang. Sekurang-kurangnya satu daripada empat perkara ini pasti pernah anda gosipkan bersama teman atau sahabat anda.

Timeline Media Sosial

Get-Hired-Fast-LinkedIn-Job-Search-Gossiping
Selalu saja ada perkara menarik yang boleh dibincangkan atau digosipkan dari dunia media sosial. Melihat aktiviti orang lain di media sosial, melihat foto-foto terbaru bekas kekasih ataupun lelaki kacak, memang tidak dapat dielakkan.
Bukan itu sahaja, pasti mulut anda tidak lekang dengan memberi pendapat mengenai komen-komen di Facebook. Lebih parah jika anda kutuk kawan anda sendiri di laman media sosial.

Kawan-Kawan Lama

Businesswomen gossiping in office   Original Filename: 85406525.jpg
“Eh, Ali sudah ada anak tiga dah.” “Tahu tak si Abu tu kahwin dengan kawan adik dia.” “Aduh, tak sangka deorang dah bercerai.” Topik tentang kawan-kawan lama, seperti kawan sekolah atau ketika di universiti selalu jadi topik hangat untuk digosipkan.
Pasti masing-masing sibuk nak tahu perkembangan terbaru kawan-kawan lama. Memang tak pernah habis. Maklumlah kalau dah lebih 10 tahun sekolah, mesti ramai kawan.

Pasangan Masing-Masing

1204-girl-gossip
Yang sudah berkahwin, saling bercerita mengenai suami masing-masing. Yang bercadang untuk berkahwin pula sibuk ceritakan mengenai di awal percintaan. Yang baru mempunyai kekasih pula sibuk dengan ceritanya tersendiri.
Topik tentang pasangan memang selalu menjadi topik yang menyeronokkan untuk di gosipkan oleh kalangan wanita zaman sekarang.

Fesyen dan Make Up

Mean-Girls-Makeup
Wanita, fesyen dan make up memang sudah menjadi lumrah. Segala hal yang berkaitan dengan kecantikan dan penampilan akan menjadi bahan perbualan dan gosip yang tidak akan ada penghujungnya.
Bukan itu sahaja, selepas itu mula lah sibuk komen tentang penampilan orang lain. Memang topik ini tidak pernah lekang di bibir setiap wanita.

No comments:

Post a Comment