Pages

Showing posts with label 000. Show all posts
Showing posts with label 000. Show all posts

Friday, 8 August 2014

Lelaki Pancut Air Mani Dalam Mulut Tunang Kini Diburu Dengan Ganjaran RM10,000


Lelaki Pancut Air Mani Dalam Mulut Tunang Kini Diburu Dengan Ganjaran RM10,000 - Menerusi portal Mynewshub, satu iklan dikongsikan seorang bapa yang sedang mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya dengan ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya menangkapnya.

Lelaki berkenaan diburu oleh keluarga wanita tersebut kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin.

“Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin.

“Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi status berkenaan.


Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan.

Penulis tidak mengetahui secara jelas adakah iklan sebegitu sahih dan kami telah pun menghubungi nombor telefon yang tertera namun panggilan tidak dijawab.

Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan.

“Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,” katanya.

Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak jantan.

Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang.

Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang dicari itu.


sumber

Wednesday, 23 July 2014

Kiki Mengaku Bersalah, Kena Denda RM5,000, Kerja Komuniti 240 Jam

Kiki (kanan) mengaku bersalah selepas bertindak biadap dalam insiden kecil membabitkan lelaki warga emas di Kuantan, minggu lalu.

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini Selasa. 

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu. 

Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.

Tindakan ganas Kiki membuli Siak Heong atau Uncle Sim itu selepas warga emas berkenaan secara tidak sengaja melanggar keretanya. 

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Facebook, Twitter dan You Tube, wanita itu dilihat mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta milik Uncle Sim.

Aksi Kiki mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap biadap itu.mstar.com


sumber 

Wednesday, 9 July 2014

Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM


Pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat YSLM yang sebelum ini berhasrat untuk menjalinkan beberapa kerjasama dengannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti amal dan kebajikan. 

Umie Aida yang juga adik kepada penerbit serta pengarah filem terkemuka, Erma Fatima berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar semalam. 

"Pada Jumaat lepas, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah. 

"Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untyuk menjadi artis naungan syarikat tersebut. 

"Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut. 

"Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat. 

"Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka," katanya.murai.com.