Pada tahun 2008, Hari dan Karl Berzins hilang perniagaan restoran dan juga rumah mereka dek kemelesetan ekonomi yang melanda. Tetapi itu bukanlah batu penghalang bagi mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, mereka merancang membina kehidupan baru dalam skala yang kecil.
Dengan menggunakan wang simpanan, mereka membeli sebidang tanah di Virginia pada tahun 2011. Di tanah itu, mereka membina sebuah rumah saiz sederhana. Rumah yang lebih kecil dari 200 kaki persegi.
Hari dan Karl tinggal di rumah saiz kecil itu bersama dengan dua anak mereka, Archer dan Ella.
Kehidupan di rumah kecil ini kelihatan 'sempit'.
Tetapi sebenarnya adalah lebih selesa dari rumah kita sendiri.
Rumah kecil ini dilengkapi dengan dapur, ruang makan, bilik mandi dan bilik tidur.
Kos membina rumah ringkas comel dan padat ini hanya menelan belanja $12,000 sahaja. Siap boleh bela kucing lagi tu.
Kebanyakannya dibina oleh Karl sendiri.
Mereka juga bercucuk tanam dan hasilnya digunakan oleh mereka sendiri.
Nampaknya, mereka telah menemui cara untuk menikmati kehidupan yang murah dan mudah.
Dalam masa yang sama mereka juga berjimat cermat dan menyimpan wang untuk membina rumah yang lebih besar untuk keluarga mereka di atas tanah yang sama.
Membina rumah yang bersaiz sederhana di tanah sendiri sebenarnya banyak menjimatkan wang dan mengelakkan diri dari dibelenggu hutang. Konsep pembinaan rumah kecil seperti ini merupakan satu fenomena yang menarik di negara mereka. Ia juga mengajar anda untuk menghargai nikmat dan apa yang anda miliki secara tidak langsung.
View the original article here