Dua pekerja arked
permainan video di sebuah pusat beli belah terkemuka telah di kecam
hebat di media sosial akibat menunjukkan aksi lucah dengan jari tengah
kepada pelanggan kerana tidak puas hati.
Kejadian berkenaan
dipercayai bermula apabila seorang rakannya meminta token ganti yang
digunakan pada salah satu mesin yang rosak namun pekerja di situ
memintanya supaya membeli token baru.
Rakannya menolak
untuk membeli token baru kerana itu bukan salahnya. Pekerja di situ
kemudiannya membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma
dan ini dipersetujui oleh mereka.
Bagaimanapun,
tidak lama kemudian dua pekerja dalam gambar ini dikatakan mula
mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata seperti mengejek.
Kerana
geram dengan keadaan ini, pelanggan tersebut mengambil gambar untuk
dibuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu hasil rakaman
gambarnya adalah jari tengah seorang pekerja terbabit.