Pages

Showing posts with label 6 Jenis Selfie Yang Ramai Tak Tahu. Show all posts
Showing posts with label 6 Jenis Selfie Yang Ramai Tak Tahu. Show all posts

Friday, 13 June 2014

6 Jenis Selfie Yang Ramai Tak Tahu

6 Jenis Selfie Yang Ramai Tak Tahu | 'Selfie'. Saya pasti anda tahu maksud perkataan ini malahan anda juga mungkin melakukannya setiap hari tanpa mengira masa dan lokasi. Selfie adalah perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun kamera di telefon pintar. Pada tahun 2013, terma selfie telah menjadi begitu popular sehinggakan kamus English Oxford telah mengiktiraf perkataan tersebut sebagai 'Word of the year'. Jika anda memiliki akaun laman sosial seperti Facebook mahupun Instagram, pasti akan ada terselit sekeping dua gambar orang yang sedang selfie di timeline anda. Hari ini, kita akan mengkaji jenis-jenis selfie yang wujud. Ayuh teruskan membaca.

 
1) Selfie Standard

Selfie standard adalah teknik selfie yang paling asas, serta yang paling kerap dilakukan oleh penggemar selfie. Teknik ini hanya memerlukan sebuah kamera tak kiralah kamera sendiri ataupun yang dicuri, dipegang menggunakan tangan, sebelum menjarakkan kamera daripada wajah dalam sudut-sudut tertentu dan diakhiri dengan pelbagai gaya wajah. Secara umumnya, gadis-gadislah yang paling banyak menggunakan teknik ini. Tahukah anda, bagi setiap sekeping selfie yang dimuatnaik oleh gadis-gadis, ada 20 keping lagi selfie yang sama yang direject kerana nampak gemuk?


Selfie standard ini boleh dibahagikan kepada dua kategori; iaitu kategori solo dan berkumpulan. Selfie seorang diri tidak melibatkan orang lain di dalam gambar. Selfie berkumpulan ataupun nama teknikalnya 'group selfies' melibatkan lebih daripada dua orang termasuk si pemegang kamera. Selfie seorang diri tetapi lepas tengok gambar ada pontianak muncul pun boleh dikira group selfies juga. Tapi kasihan juga jika anda gempal dan ambil selfie berkumpulan, bila muat naik ke Instagram nanti wajah anda dicrop separuh. Lokasi selfie berkumpulan yang paling popular sudah pastilah di hadapan cermin di dalam tandas gadis.

2) Selfie Dalam Tangisan

Selfie dalam tangisan adalah gambar sendiri yang diambil ketika dalam keadaan sedih sehingga berjujuran air mata. Kita mungkin akan bertanya, "Hey, kalau nak nangis, nangis jelah apasal nak ambil gambar pulak?" Seelok-eloknya, kita elakkanlah diri daripada bertanya soalan tersebut kepada mereka kerana itu akan membuat mereka berasa lebih sedih sekaligus mengambil lebih banyak selfie dalam tangisan.


Apa yang perlu kita buat adalah memahami mereka, dan mengkaji pokok pangkal mengapa mereka bersedih at the first place. Adakah mereka baru lepas ditinggalkan kekasih? Adakah kerana mereka tersepak bucu katil? Adakah kerana kencing mereka tidak lawas? Ataupun sekadar baru lepas menguap sehingga keluar air mata? Melalui selfie, kita boleh lihat keikhlasan tangisan mereka itu dengan mata kemerah-merahan, air mata berliangan dan kadang-kadang hingus hijau buat kemunculan. Mungkin dengan 'Like' yang anda beri berserta kata-kata semangat di bahagian komen seperti 'Bersabarlah saat indah kan menjelma jua' dapat memberi semangat dan kekuatan kepada mereka.

3) Selfie Tidur

Selfie semasa tidur ini adalah satu teknik selfie yang advanced, dan sukar untuk dikuasai. Iyelah tengah tidur kan macam mana boleh ambil gambar pula? Hebat gila tangan boleh tepat-tepat ambil gambar muka kalau aku try teknik ni ada kemungkinan terambil gambar seluk tangan dalam kain pelikat. Itu pun kalau kain pelikat masih belum terlucut. Dahla masa tengah tidur tu masih mekap tebal, rambut tersisir rapi serta tiada sebarang air liur basi yang meleleh. Power, power.


4) Selfie Facepalm

Selfie facepalm ni bukan mengambil selfie sambil membuat gaya tepuk tangan ke muka, tetapi gaya facepalm itu dilakukan oleh orang yang melihat selfie mereka. Selfie sebegini selalunya dilakukan pada tempat yang langsung tidak sesuai mahupun situasi yang orang biasa tak tergamak nak selfie. Contohnya selfie bersama ahli keluarga yang baru meninggal, selfie pegang kepala kucing yang dipenggal, mahupun selfie masa tengah berak.

5) Selfie Minta Penampar


Selfie minta penampar ini adalah sebarang selfie yang dimuatnaik oleh seorang jantan sejati yang memiliki dua biji buah kerandut. Gadis-gadis nak upload gambar sendiri setiap hari memang orang tak boleh nak kompelin sangat lebih-lebih lagi yang memiliki paras rupa kerana itu memang naluri mereka. Namun begitu apabila seorang jantan cuba membuat aksi gaya muncung platipus dan gaya renungan menggoda kumpulan M-Pop (K-Pop versi Malaysia) sambil terkeluar bulu hidung, maka terus menggigil-gigil tangan ni nak bagi penampar. Ok memang tak dinafikan ada je sesetengah jejaka yang mengambil selfie hari-hari, cuma yang menjadi isunya adalah keinginan mereka untuk memuat naik gambar tersebut di laman sosial.
 


6) Selfie Dengan Caption-caption Kegemaran Ramai

Berikut adalah contoh caption tipikal yang mengiringi sesuatu selfie itu:

"Ummm dah gemuk :( "

Caption ini selalu digunakan oleh gadis yang ternyata comel dan kurus, tetapi mengaku gemuk kerana mengharapkan orang meletakkan komen "Eh mana ada gemuk" atau "Eh you kurus lah". Sepatutnya untuk impak yang lebih mendalam, anda patut letak gambar anda yang paling gemuk lepastu letak caption "Yeayy dah kurus" barulah akan memberi inspirasi kepada orang lain serta mendapat lebih banyak like. Next time, jika anda nampak caption "Ummm dah gemuk :( " pada gambar kurus ni, harap anda boleh tinggalkan komen "Emm I setuju" dan tag penjual susu Alpha Lipid SD II. Mana tah geng Alpha Lipid ni dah tak ada promosi pun semua orang dah kurus ke.

"Done shalat" 

Eja shalat instead of solat kerana ingin menampilkan sifat allughatul arobiyah di dalam diri. Caption ini selalu digunakan oleh gadis sejurus sahaja lepas salam yang kedua. Terus ambil phone snap snap masih lengkap bertelekung. Selalunya time Maghrib jela sebab time Subuh orang tak ramai cek Instagram kurang 'Like' pula nanti. Selfie dan caption sebegini semakin meningkat di bulan Ramadhan.

Begitulah antara jenis-jenis selfie yang sering kita temui (ataupun lakukan) di laman sosial. Apa yang ditulis di atas hanyalah pemerhatian yang diezajerit semata-mata, bukannya saya pergi merujuk kepada album Me / Myself / Just Me / Me Again / Still Me / Me Forever / di Facebook anda. Jika anda tahu teknik selfie yang lain, harap boleh kongsikan bersama. Jika anda sendiri yang suka selfie, adakah ada kebenaran tentang apa yang ditulis di atas? Apapun, selamat berselfie semua!
sumber