Tenom
: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan
dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam
tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru
disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam
kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia
14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam
tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari
perbuatan mereka.
Menurut
sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu
memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara
kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan
melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan
pelajar itu.
“Hasil
soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan
pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan
hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika
dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih
dijalankan. HM