Walau bagaimana
layanan seorang ibu pada anaknya, kesakitan yang ditanggung semasa
melahirkan tak mungkin mampu ditebus seorang anak.
Dalam Islam pun umatnya diajar supaya menghormati kedudukan seorang ibu walau pun dia berlainan agama.
Tapi bila membaca komen remaja bertudung
ini dilaman sosial, nampaknya dia yakin sangat ibunya bukan orang yang
layak dihormati malah siap memaki hamun dengan bahasa amat kesat.
Hello, kalau nak tegur orang ada caranya
dengan berhemah inikan pula ibu yang melahirkan kita. Lagi pun kalau
dah mak kau panggil b@b! bukan ke maksudnya kau pun anak b@b!?
Agaknya kalau mak dia baca apa yang
ditulis ni, mesti timbul rasa menyesal sebab tak picit je hidung dia
masa kecil dulu biar tak susah nak bela sampai besar macam ini lepas tu
jadi manusia tak kenang budi.
Kepada adik-adik di luar sana ingatlah,
macam mana kita tak sebulu dengan ibu sekali pun kalau tak sebab dia
kita tak sempat besar panjang macam ini.
Jadi jangan jadi anak derhaka macam dia ni, tak cium bau syurga nanti