Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku
di rumah mangsa di Cheras di sini.
Menurutnya,
dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah
pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik
anaknya.
"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk.
"Selepas
beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel
diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.
"Suspek
telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar
ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk
pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.