Polis semalam cuba menyekat orang
ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh
mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor
dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan
rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk
keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai
mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk
termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan
lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya
patah.Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut
mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita
dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.Mereka
bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu
siasatan lanjut.Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan
penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”
Seorang wanita menambah:
“Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
“Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
Bagaimanapun, malam tadi, dia
menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah
hospital di London.Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa
sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan
seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang
baru lahir.Mereka disifatkan sebagai peramah.Seorang jiran bagaimanapun
berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis
lalu.