Pages

Showing posts with label Benar. Show all posts
Showing posts with label Benar. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

Kisah Benar Taubat Seorang Penari Dan Artis Terkenal Mesir




Ia merupakan kisah seorang artis terkenal dan juga penari, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan.

Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah, “Suatu hari, seperti biasa aku melakukan adegan menari di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir. Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna. Dan untuk pertama kalinya aku merasa malu apabila menyedari dalam pose setengah telanjang, menari di hadapan mata kaum lelaki dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar.

Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi sambil menangis menuju bilik tukar pakaian dan lantas memakai pakaianku kembali. Selama hidupku, baru kali ini aku diliputi suatu perasaan yang belum pernah aku rasakan semenjak bermula menari dari usia 15 tahun lalu.

Maka, aku pun segera berwuduk dan melakukan solat. Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian. Dan sejak hari itu, aku memakai hijab sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang. Aku pun melaksanakan haji sambil berdiri dan menangis di hadapan Kaabah memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku .. ”

Di akhir ceritanya, Halah berkata, ”Haalah ash-Shaafy telah mati dan telah menanam bersama masa lalunya. Adapun saya sekarang adalah bernama Suhair ‘Abidin, Ummu Karim, suri rumah, hidup bersama anak dan suami. Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segalanya padaku.

Sesungguhnya, aku kini adalah bayi baru dilahirkan, aku merasakan ketenangan dan kedamaian setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. Aku telah melakukan masa-masa yang lalu sebagai teman syaitan, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari.

Aku telah hidup dalam kehidupan yang amat dibenci dan terhina. Sarafku selalu tegang tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula. Aku merasa berada di tangan yang begitu amanah, yang membelai kasih sayang dan mengucapkan selamat padaku … “

Sumber


View the original article here

View the original article here

Kisah Benar!!! Khairun Darwani Khairuddin Bongkar Realiti Bantuan RM300 Anak OKU di Malaysia

Betul atau tidak bantuan diberikan hanya bernilai sebegitu. Mari kita ikuti laporan penuh dibawah :




Me and my Angel…sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. Inilah hakikat sebenar..













Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.





Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.





Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian…syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…





Saya selaku Pengerusi pertubuhan, hanya mewakili suara teman-teman seperjuangan di Pertubuhan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia dimana rata-rata anak istimewa kami tidak mendapat hak yang sewajarnya. Moga dapat membuka mata masyarakat dan juga memperbaiki sistem yang sedia ada. Bukan hanya untk insan terpilih sahaja..tetapi untuk semua yang bergelar anak OKU.





*saya izinkan semua untuk share seberapa ramai yang mungkin; moga dapat membuka mata masyarakat di luar sana..












Oleh : Puan Khairun Darwani Khairuddin


Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

Via-BeritaSemasa

View the original article here