Pages

Showing posts with label CABUL. Show all posts
Showing posts with label CABUL. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Biodata Nurul Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

 Sepanjang minggu ini, isu Nurul Shuhada dicabul pensyarah kanan UiTM Arau hangat diperkatakan di laman-laman sosial dan blog-blog tempatan terutamanya selepas pelajar itu membuat laporan polis.

Salinan laporan polis beliau tersebut mula tersebar semalam di mana nama Prof Izzi Haji Ali tertera di dalamnya sebagai individu yang didakwa melakukan perbuatan cabul terbabit. Melalui laman twitter Nurul Shuhada, beliau memberitahu tidak akan memaafkan pensyarah matematiknya.

Di sebalik nama Nurul Shuhada, identiti pelajar ini pasti menjadi tanda tanya orang ramai. Di sini, penulis sediakan ringkasan biodata Nurul Shuhada, pelajar UiTM yang cantik dan jelita.


sumber

Monday, 7 April 2014

Luahan sayu Suhada Raba, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

Penulis kongsikan satu luahan sayu Nurul Shuhada Binti Shahadan terhadap tindakan Prof Izzi Haji Ali mencabulnya selepas diugut digagalkan dalam peperiksaan jika enggan dicabul.

Kata Suhada, dia tidak akan memaafkan perbuataan sumbang yang dilakukan pakar motivasi terkenal itu yang juga seorang pensyarah kanan UiTM Arau Perlis di dunia dan akhirat. Kini laporan polis sudah dibuat cuma hanya menunggu panggilan dari mahkamah untuk perbicaraan.



 
 

Thursday, 20 March 2014

DATUK JALALUDDIN HASSAN NYARIS KENA CABUL DENGAN BOS SENDIRI? SERAM SEJUK!

type='html'>Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.



Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.

Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain. Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.





“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.

“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.

“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here