Pages

Showing posts with label Che Ta masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.. Show all posts
Showing posts with label Che Ta masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Che Ta masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.

115556j9sd939y9pyitt03.jpg 
Hampir 16 tahun tidak mengandung, kini di usia 41 tahun, Che Ta masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.

Akui tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama bagi perkahwinan keduanya itu, Che Ta memberitahu proses kehamilannya membawa kepada beberapa perubahan.





"Walaupun saya tidak mengalami alahan teruk dan mengidam macam-macam, namun saya tidak terlepas dari pertambahan berat badan lebih kurang 17 kilogram.

"Selain itu, sejak hamil ini, saya suka makan burger daging, Sebelum ini, memang saya tak makan.

"Perubahan emosi seperti cepat marah juga ada tapi tidaklah keterlaluan," katanya.

Lebih menekankan soal keselamatan kandungan dan memberi penjagaan yang sewajarnya, ibu kepada  Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, ini telah mula berehat dari kerja-kerja lokasi sebelum Ramadan lagi.

"Insya-Allah, saya merancang untuk menjaga sendiri bayi kami nanti sehingga habis tempoh berpantang dan menyusu.

"Selepas itu, barulah saya mempertimbangkan untuk kembali bekerja," kata duta Safi Rania Gold ini.