Pages

Showing posts with label DOKTOR. Show all posts
Showing posts with label DOKTOR. Show all posts

Saturday, 30 August 2014

Wanita Meninggal Sebab Doktor Lupa Beritahu Dia Hidap Kanser



New Zealand – Seorang doktor terpaksa memohon maaf kepada sebuah keluarga selepas dia terlupa memaklumkan kepada pesakitnya bahawa wanita itu menghidap kanser payu dara.

Sebaliknya doktor berkenaan hanya memaklumkan kepada wanita itu bahawa tendon di bahagian bahunya terkoyak ketika dia mendapatkan rawatan kerana kesakitan di bahagian bahu.

Wanita itu hanya diberikan suntikan steroid dan diminta kembali ke hospital jika sakit di bahunya kembali sakit. Dia kemudiannya meninggal dunia.

Mengikut rekod, wanita itu pernah menjalani rawatan kanser pada 2003, dan mengunjungi doktor tersebut pada 2009 kerana mengadu sakit bahu.


Doktor terbabit yang mengetahui bahawa wanita itu merupakan bekas pesakit kanser, hanya merujuknya kepada x-ray, yang kemudiannya mendedahkan tendonnya koyak, dan kemungkinan disebabkan kanser kembali merebak.

Dalam inkuiri yang dilakukan, doktor itu mengaku terlupa memaklumkan kemungkinan barah itu merebak.
Doktor tersebut kini dirujuk ke bahagian perundangan untuk tindakan susulan.
View the original article here

Thursday, 20 March 2014

KENAPA DOKTOR & PETUGAS DI BILIK BEDAH TERPAKSA MEMAKAI BAJU WARNA HIJAU?

type='html'>Pernah tak korang terfikir, dalam operasi pembedahan doktor dan staf-staf dalam bilik pembedahan akan memakai baju seragam berwarna hijau. Tau tak ape disebalik warna pemakaian warna hijau nih??


Sewaktu operasi pembedahan ,korang nampak doktor memakai baju seragam berwarna hijau.


Pada awalnya doktor mengenakan pakaian berwarna putih, sebab warna putih melambangkan kebersihan.

Walaupun agak sukar untuk memastikan mengapa doktor memilih pakaian seragam berwarna hijau berbanding warna lain sewaktu menjalankan operasi pembedahan terhadap pesakit, Tapi kalau korang nak tau yang terfaktanya adalah warna hijau adalah lawan warna merah.

Warna hijau ini akan dapat menyegarkan mata doktor yang melakukan operasi. kerna doktor selalu melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah terus menyebabkan isyarat warna merah di dalam otak akan berkurangan sensiviti variasi merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus bercengkang mata pada warna merah akan menyebabkan doktor yang melakukan operasi akan menjadi terganggu kalau korang nak tau.

Jika warna baju-baju para doktor bedah berwarna hijau, maka hal ini akan menimbulkan Ilusi yang berdampak baik bagi doktor yang melakukan bedah. Sehinggakan doktor tak la hanya terfokus pada warna merah.

Sumber: taotauajer


View the original article here