Pages

Showing posts with label Diganggu. Show all posts
Showing posts with label Diganggu. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

5 Tips “Rahsia” Jika Anda Diganggu Suami Orang!

type='html'>
1. Jika dia mengadu kesunyian dan mahu berbual-bual, minta nama penuh dan nombor IC-nya. Daftarkan namanya di pusat asuhan kanak-kanak sebagai pengasuh sambilan. Kesunyiannya pasti terubat dengan riuh rendah kanak-kanak.
2. Jika dia mengadu dipukul atau dianiaya isteri. Ketawa sehabis hati dan berkata, “Seorang isteri tidak mampu tangani, bagaimana jika beristeri dua? Mungkin awak sudah patah riuk.”
n3. Jika dia ajak keluar. Ajak dia ke pasaraya membeli-belah. Beli pakaian yang cantik-cantik dan minta dia bayar. Akhir pertemuan, serahkan beg berisi pakaian kepadanya, “Ini semua untuk isteri awak, terimalah pemberian ikhlas ini.”
4. Jika dia mengadu isteri kuat berleter, minta dia bawa isteri untuk buat pembedahan buang anak tekak.
5. Jika kerap mendapat panggilan larut malam, buka loud-speaker. Dengar semua perkara yang diluahkan dari hati (Konon!). Kemudian minta rakan-rakan rumah sewa jerit beramai-ramai perkataan ‘Pondan’ berulang kali. Jerit secara berkala dan penuh semangat.

View the original article here