Pages

Showing posts with label EKSKLUSIF ! RITA RUDAINI DEDAH SIKAP SEBENAR AIDIL. Show all posts
Showing posts with label EKSKLUSIF ! RITA RUDAINI DEDAH SIKAP SEBENAR AIDIL. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

EKSKLUSIF ! RITA RUDAINI DEDAH SIKAP SEBENAR AIDIL


EKSKLUSIF ! Rita Rudaini dedah sikap sebenar Aidil | “SAYA memang pantang kalau ada orang main-mainkan perasaan anak-anak saya. Dia ingat anak-anak saya tu anak patung?

“Sebelum ini dia pernah berjanji dan bersumpah untuk tebus kesalahannya terhadap anak-anak, tapi lepas berkahwin dia mula lupa semua tanggungjawab dia,” itulah luahan hati pelakon, Rita Rudaini terhadap sikap bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang lupa tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Kesal dengan sikap Aidil, Rita akui kecewa dan marah kerana tindakan bekas suaminya itu seolah-olah mempermainkan perasaan ke dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 3.

“Sebelum dua minggu berkahwin, dia ada menghubungi saya untuk meminta izin bertemu anak-anak kami.

Ketika itu dia juga ada berkata mahu menebus segala kesilapan terhadap anak-anak.

“Ketika itu saya bercakap dengannya kenapa perlu dia bertanya seperti itu sedangkan itulah tanggungjawabnya dia.

“Saya tidak menghalang kerana saya fikir itulah peluang yang terbaik untuk anak-anak mengenalinya tambahan pula mereka sedang membesar tapi tidak kenal siapa bapa mereka,” jelasnya ketika ditemui pada pada majlis Seindah Ramadan Anugerah Syawal TV3 & TV9, bertempat di hotel One World, Damansara, kelmarin.

Kata Rita, dalam masa dua minggu itu, dia gembira melihat Arjuna dan Rayyan mula mengenali bapanya.

“Ketika itu setiap hari Aidil datang ke rumah tidur bersama dengan anak-anak.

“Sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak-anak saya gembira dan mula kenal ‘daddy’ mereka.

“Bila budak-budak itu sudah rapat, boleh pula dia tinggalkan macam itu sahaja dan itu buat saya kesal dan marah,” tegasnya.

Memandangkan Aidil telah mempermainkan perasaan anak-anaknya, Rita akui tidak lagi mempercayai kata-kata Aidil jika dia kembali untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Sumpah dan janji dia memang tidak boleh dipercayai lagi.

“Lepas ini kalau dia nak jumpa anak-anak, pandai-pandailah dia fikir sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dalam drama bersiri di TV3 sempena Ramadan ini, Azam Ramadan Su yang bakal disiarkan pada 23 Jun depan. Dia juga akan akan membintangi telefilem Syawal di TV9, Pontianak Teng Teng pada raya pertama kelak. - SH.

sumber