Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain -
Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular
Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan
Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.
Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.
Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.