Sememangnya Aaron Aziz dan Siti Saleha ialah dua selebriti popular yang mempunyai chemistry tersendiri apabila digandingkan dalam lakonan sebagai pasangan kekasih. Kedua-duanya amat padan dan cantik sehingga mereka dulu pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Nora Elena dan beberapa drama hebat lain.
Memandangkan chemistry itu, Aaron Aziz dan Siti Saleha sering digandingkan ketika membintangi drama atau filem. Terbaru, mereka sekali lagi diberi tawaran untuk berlakon dalam Telefilem berjudul Cinta Paling Agung.
Antara babak yang paling mencuri perhatian peminat ialah foto perkahwinan pasangan sejoli ini yang dimuatnaik di laman Instagram mereka masing-masing.
Siti Saleha meletakkan caption pada foto tersebut berbunyi "Penggambaran di Jakarta untuk SuperTele 'Cinta Paling Agung' bersama @aarondwiaziz Arahan Hanung Bramantyo. #comingsoon."