Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu
songsang namun masih mempunyai rasa malu apabila berusaha menyembunyikan
perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain kerana tahu ia tidak
betul dan melanggar hukum agama.
Kalau ada yang mahu menunjuk kebahagiaan hidup bersama kekasih sejenis
pun, mereka masih hati-hati apabila gambar intim bersama pasangan sesat
hanya dikongsikan di laman sosial tertutup.
Namun remaja Melayu beragama Islam dan berasal dari negeri Serambi Mekah
di bawah ini nampaknya mempunyai ketebalan muka luar biasa apabila
tidak kisah beraksi romantik dan mesra dengan kekasih sama jantina lalu
memuat naik di Facebook miliknya untuk tatapan semua orang.
Apa yang kami pelik, ramai kawannya ikut sama sengal apabila menekan
LIKE dan memuji gambar yang boleh membuatkan manusia normal muntah
sebagai ‘sweet’ malah mendoakan kebahagiaan mereka (pengsan).
Kalau kami yang tak kenal remaja ini pun terbuntang biji mata dan
mengusap dada istighfar melihat aksi manja dia bersama ‘cik abe’
bagaimana agaknya reaksi mak ayah dia kalau dapat tahu?