Gambar wanita bertudung ‘Gedabak’ dalam WHI jadi viral | Serius, ramai rakan kami meluahkan rasa terkejut ketika menonton program Wanita Hari Ini semalam.
Semua gara-gara melihat gaya tudung seorang jemputan di studio yang hadir bagi mempromosikan butiknya di program tersebut.
Bukan apa, tudung dikenakan wanita tersebut boleh dikatakan terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz kepala muslimah biasa yang bertudung. Hinggakan ada yang nakal membuat lawak bahawa ia menyamai watak Queen Amidala dalam filem Star Wars!
Susulan itu, gambar wanita berkenaan mulai tersebar dan menjadi viral di laman-laman sosial.