Geram! Kerana Dendam Kepala Buaya Dipenggal | Masih ingat lagi tentang kes seorang murid tahun 5 yang dibaham buaya suatu ketika dahulu? (LINK). Kini bapanya yang masih menyimpan dendam terhadapbuaya berkenaan bertindak memasang umpan dengan bantuan dua orang pawang buaya. Akhirnya mereka berjaya menangkap dengan kaedah tradisional dan terus membunuhnya. Kisah ini mempaparkan kesedihan seorang ayah atas kehilangan anaknya akibat dibaham buaya.
Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.
Semalam, reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Buaya jantan yang turut diberi nama jolokan S Jibeng oleh penduduk setempat itu dikatakan digeruni kerana dipercayai pernah mengganas dan meragut nyawa manusia berdasarkan beberapa kesan luka tembakan pada kepala dan ekor termasuk mata kiri yang buta.
Pemburuan menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang Isnin lalu menggunakan pancing lebih 10 mata kail bertali rotan dan berumpan daging babi itu berhasil membunuh buaya berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Foto
Foto
Sebaik bangkai reptilia itu ditarik ke darat, Angsa dilihat menghampirinya sambil melepaskan kemarahan dengan beberapa kali menghamburkan kata-kata “aku bayar dendam aku”, “kenapa kacau aku” dan “kau bunuh anak aku”.