Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
MENINGGALAKAN SOLAT SUBUH
Akan diseksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidih hingga ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja
MENINGGALAKAN SOLAT ZUHUR
diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Sekiranya kita telah berdosa meruntuhkan kaabah, perlukah kita berangan-angan untuk naik haji?
MENINGGALAKAN SOLAT ASAR
sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Sama jugalah dosa kita dengan George W Bush, Ariel Sharon dan Firaun.Rasulullah s.a.w pernah bersabda, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
MENINGGALAKAN SOLAT MAGHRIB
dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!Betapa jijiknya diri anda melakukan sumbang mahram.
MENINGGALKAN SOLAT ISYAK
maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. sekiranya di bumi ini allah tak redha dengan kehidupan kita, apatah lagi di akhirat kelak.