Pages

Showing posts with label Harus. Show all posts
Showing posts with label Harus. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

Hukum Selfie Harus, Bergantung Kepada Niat

Timbul persoalan apakah hukum ‘selfie’ ketika umat Islam mengejar sebanyak-banyak pahala mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan meningkatkan amal ibadat di bulan mulia ini.




Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal ‘selfie’ adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan.













Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang ‘selfie’ mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.





“Apabila ‘selfie’ sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak ‘selfie’ maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,” katanya kepada Bernama.





Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya ‘selfie’ perlu dilihat daripada sudut positif.





“Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika ‘selfie’ maka itu antara dia dengan Allah, bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan”





“Mungkin dengan cara ‘selfie’ di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan,” katanya.





Via-Bernama

View the original article here