Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1)
Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini
sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat
beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah,
pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2)
Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda
yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai
tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah
sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk
anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3)
Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda
selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra
dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal
atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda
cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7)
Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak
kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka
yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada
wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti
dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8)
Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau
tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika
anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan
anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan
boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi
lebih dari itu.
9)
Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang
wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan
persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi
anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan
menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin
tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan
kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu
termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan
tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda
menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di
luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh
perasaan jin itu sendiri.
10)
Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma
dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan
bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan
ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan
dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman
yang sedang berbicara dengannya.
11)
Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani
oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda
itu adalah seorang wanita.
12)
Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada
melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda
tidur berseorangan.
13)
Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan
dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan
menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang
memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar
kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya
disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14)
Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan
mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina
yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16)
Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau
seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri
bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17)
Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat
cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana
dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18)
Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak
perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh
walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan
anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19)
Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu
menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan
tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang
untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan
cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang
menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya
kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20)
Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi
anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika
mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Jadi
apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak
mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak
kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah
dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca
tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.
Nasihat
saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri
dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita
lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon
perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.