Pages

Showing posts with label Hukum Ambil Ubat Penahan Haid Untuk Puasa Penuh. Show all posts
Showing posts with label Hukum Ambil Ubat Penahan Haid Untuk Puasa Penuh. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

Hukum Ambil Ubat Penahan Haid Untuk Puasa Penuh

Hukum Ambil Ubat Penahan Haid Untuk Puasa Penuh | Soalan : Saya ada kemusykilan. Saya lihat ramai wanita di Malaysia yang ambil ubat penahan haid untuk berpuasa penuh. Jadi saya nak tanya, apa hukum mengambil ubat penahan haid untuk puasa penuh ye?
Pil-haid
Imam Ahmad berkata:
“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali(tidak membawa kesan negatif).”
Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.
Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haiddi dalam bukunya Feqhu siyam.. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama-ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid..
Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:

هذه المرأة وأمثالها أن تفعل ذلك في رمضان أو في رحلة الحج‏،‏ لكنها لا تكلف ولا تلزم بذلك

“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”
Sebahagian Ulama berpandangan harus mengambil ubat penahan haid jika dalam masyaqah(kepayahan)atau darurah sahaja seperti wanita dalam haji tapi jika sebaliknya seperti untuk berpuasa ia tidak harus.
Ulama bersepakat wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa dan wajib menggantikannya berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

كنا نحيض على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فنؤمر بقضاء الصوم، ولا نؤمر بقضاء الصلاة

“ Dulu kami berhaid dizaman Rasulullah saw,kami disuruh untuk ganti puasa dan tidak disuruh ganti solat”.
(Sahih Bukhari dan Muslim)
Ulama juga bersepakat haram menggunakan ubat penahan haid sekiranya ia memberi kemudaratan pada tubuh.Ini berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.”
Segelintir Ulama seperti Syeikh soleh Usaimin pula melarang pengambilan ubat penahan haid..Hendaklah dibiarkan sahaja ketetapan Allah tersebut tanpa perlu menahannya..
Secara peribadi saya cenderung kepada pendapat imam al Qaradhawi dan syeikh Wahbah az zuhaili yang membenarkan(harus) penggunaan ubat penahan haid namun pada saya sebaik-baiknya wanita redho dengan ketetapan Allah..Biarkan sahaja fitrah itu berlaku..
Saya biasa mendengar ada wanita yang kitaran haidnya sudah tidak lagi teratur seperti kebiasaanya setelah mengambil pil penahan haid.Bila darah yang sepatutnya keluar pada waktunya tidak juga keluar dan bila darah yang tidak sepatutnya keluar pada bukan waktunya maka ini akan membingungkan wanita tersebut.