inilah Rahsia Sebenar
bertanda hijau dalam gambar di atas merupakan tempat yang paling
disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak
berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak
buku.
Yang Telah Disembunyikan Oleh Kerajaan Saudi (10 Gambar)
Amat
malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun
masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid
an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di
masjid nabi itu sendiri.
Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat
Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada
mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam
terutama di
dan .
Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh
yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat
disekeliling masjid an-Nabawi dan juga adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di
mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan.
Tetapi
kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi
sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan
dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak kelihatan,
apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram
,
semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang
tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan
puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan
penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi
penghayatan umat Islam yang kemudian.
Itulah
harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap
umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh
kita umat Islam.
Umat Islam
lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin
tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari
rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun
yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak
ayat quran.
Amat hairan
kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan
Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat
baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi.
Timbul
persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang
tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah
s.a.w.