Pages

Showing posts with label Jawapan. Show all posts
Showing posts with label Jawapan. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

Ini Dia Jawapan JPJ Terhadap Tohmahan Dan Kritikan Rakyat!





JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.



Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.



1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?



JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya. 



Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.



2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?



Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.



Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.



Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.



KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?



JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.



4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?



Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:



-tali pinggang/topi keladar

-telepon bimbit

-potong garisan berkembar

-langgar lampu isyarat

-potong garisan

-lorong kecemasan

-had laju



Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.



Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).



5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?



Sebagai pengguna bagi kedua² item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.



6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?



Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.



Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.



Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.



Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.






View the original article here

Wednesday, 30 April 2014

6 JAWAPAN BALAS KEPADA STATUS KONTROVERSI 'KAPAL SELAM' DR. MAZA



Dr. Maza mencetuskan satu lagi kontroversi melalui status terbaru di laman page Facebook beliau. Dalam status itu, Dr. Maza seolah-olah mempertikaikan penggunaan kapal selam milik negara yang didakwa tidak berfungsi dan tidak memberi sumbangan dalam misi pencarian pesawat MH370.


Status isu kapal selam scorpene


Namun, ramai pengguna media sosial tidak gemar dengan status berkenaan kerana didakwa mengelirukan fakta sebenar. Seorang pengguna Facebook tampil menjawab status tersebut dengan memberikan hujah balas seperti dibawah:


1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan.
2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!



3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?


Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.


4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447.


Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.


5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.

6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.


Walaubagaimanapun, status kontroversi Dr.Maza didapati telah dipadam. Pengguna Facebook dilihat memberikan komen yang bercampur aduk dalam isu itu berikutan kurangnya pengetahuan dan maklumat fungsi sebenar penggunaan kapal selam milik negara kita.

View the original article here

Friday, 18 April 2014

Anak beraksi panas, 'baik' punya jawapan Sheila Majid

Jawapan Sheila Majid apabila ditanya tentang imej dan penampilan anak sulungnya Kayda Aziz, yang agak 'panas'.



"Saya biarkan anak-anak saya lalui zaman mereka. Saya tak boleh lindungi mereka setiap masa. Sometimes you have to make mistake to grow up. Kalau pun mereka buat salah satu hari nanti, biarkan mereka belajar daripada kesilapan dia itu. Dulu, saya pun pernah buat silap tapi ketika saya hanyalah anak Haji Majid, tiada siapa pun peduli."

"Dia baru berusia 22 tahun. Dan dia bukan seorang selebriti. Bagi saya, biar dia buat apa yang dia nak buat, apa yang dia suka buat termasuklah dari segi pakaian dia. Diusianya yang sekarang ini, dia masih tercari-cari lagi imejnya dan apa yang dia suka pakai.

"Tapi sebagai ibu, saya selalu menasihati dan berpesan kepada dia supaya berhati-hati kerana di luar sana ada banyak mata yang memandang", katanya lagi dipetik Malaysian Digest.

sumber

Saturday, 15 March 2014

"Hilang! Full Stop!" Jawapan paling mengejutkan dari Kapten Pesawat Boeing 777

type='html'>Sejak kehilangan pesawat MH370, kita dihidangkan dengan pelbagai ulasan dan pendapat daripada pakar penerbangan dari negara barat. Namun kita tidak pernah menerima pendapat daripada juruterbang pakar kita sendiri.


Melalui inisiatif TV3, membawa seorang pakar penerbangan negara, Kapten Norudin Abd Majid yang juga merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS untuk ditemuramah secara langsung.

Sekiranya anda telah melihat temuramah beliau, saya yakin kita semua pasti terkejut dengan jawapan diluar jangkaan saintifik yang Kapten Norudin berikan.

Ketika diminta memberikan pendapat beliau mengenai kehilangan MH370 dari titik akhir radar, ini jawapan pertama beliau:

"HILANG! Full Stop!" 

"Kita orang beriman, Allah Taala menentukan segala-gala, dunia ini kepunyaan pencipta" Tambahnya lagi.

Penemuramah yang kehairanan menimbulkan pertanyaan lain.

"Kata Kapten sekarang, yang berpengalaman membawa pesawat boeing itu, pesawat itu hilang?"

"HILANG! 100% hilang!"

Dan apabila ditanya bagaimana pula cara untuk mencarinya, respon beliau:

"Allah S.W.T memberi kita segala cara dan kunci untuk menemui apa saja. Kita mestilah menggunakan kelebihan, pengetahuan kepakaran dan orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini"

Siapakah orang-orang tertentu itu? ini jawapan luar jangka beliau:

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan Allah S.W.T dan juga keluarga sebab dia sedang beremosi dan Allah Taala lihat ketika itu"

"Cara terbaik(Doa orang soleh & keluarga) kita perlu lakukan dan InsyaAllah... Akan ditemui... akan ditemui...."

“ Ia adalah antara sains dan pencipta sains..” tambahnya lagi

Jika kita boleh menerima pendapat pakar barat, kenapa tidak kita ikuti saranan dari pihak kita sendiri?... Oleh itu, kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskanlah berdoa kerana doa anda amat diperlukan untuk menemukan pesawat MH370. #prayformh370

Tonton Video penuh temuramah Kapten Norudin bersama TV3:


View the original article here