Dunia hiburan ini penuh dengan kejutan. SS hanya mampu mengurut
dada mendengar sikap seorang penyanyi yang sekarang sudah
memakai tudung, tetapi rupa-rupanya hanya untuk mengabui mata
masyarakat bahawa dia seorang yang baik dan soleh.
Hakikatnya, kata sumber SS, penyanyi itu khabarnya bukan saja
menduakan suami sendiri, sebaliknya ligat mengganggu rumah tangga
orang lain. Dengan erti lain, penyanyi itu cuba memikat suami orang
lain yang poketnya tebal dan boleh tahan kacak.
Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana
Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana
yang ramai sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada
pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan
Sendiri. Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan
di sana sini, makan angin dan melepak dengan ‘superfriends’
kesayangannya kalau tidak ada undangan.
Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpit
Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpit
penyanyi itu bukanlah orang lain, sebaliknya suami kawannya sendiri.
Kenapa sampai begitu sekali? Adakah benar-benar dahagakan kasih
sayang atau lebih kepada kebendaan?
SS harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri
SS harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri
lelaki itu tidak tahan lagi dan terus membuat pembongkaran. Ketika itu
barulah sibuk hendak menyorok bawah meja, malah nak sorok di