Pages

Showing posts with label Kapten Tertidur. Show all posts
Showing posts with label Kapten Tertidur. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

Kapten Tertidur, Pesawat Menjunam Lebih 1000 Meter

Pesawat Airways
New Delhi – Pihak berkuasa penerbangan India mendedahkan sebuah pesawat Jet Airways yang membawa 280 penumpang dan anak kapal menjunam secara mendadak sehingga 1,524 meter daripada ketinggian sepatutnya selepas kapten pesawat itu didakwa tertidur manakala pegawai pembantunya sedang memeriksa komputer tablet.
Direktorat Am Penerbangan Awam (DGCA) India kini sedang menyiasat laporan insiden itu yang dilaporkan berlaku di ruang udara Turki pada 8 Ogos lalu sewaktu pesawat Boeing 777 berkenaan dalam perjalanan dari Mumbai ke Brussels.
Insiden itu terbongkar selepas pegawai pengawal trafik udara Turki menghubungi pihak penerbangan berkenaan selepas pesawat tersebut terbang pada ketinggian 8,839 meter berbanding jarak sepatutnya iaitu 10,363 meter. – DPA

sumber