Pages

Showing posts with label Kasut. Show all posts
Showing posts with label Kasut. Show all posts

Monday, 21 July 2014

[4 Foto] Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka.

Kali pertama menyarungkan kaki dengan jenama New Balance. Belum pernah pakai lagi sebelum ni. Memang selesa dan rasa berbaloi untuk dijadikan belian.

Sebelum aku perasan ada ketidaksempurnaan pada kasut tersebut. Tersangat hampa bila perasan dua lubang paling atas kasut belah kiri tidak ditebuk seperti sepatutnya. Jadi, persoalan kenapa tali kasut sebelah kiri lebih panjang apabila diikat terjawab. Takpe, esok boleh bawak tukar dengan yang lain.

Malang berganda sebab saiz yang sama sudah tiada. Aku cadangkan untuk dapatkan penggantinya dari cawangan lain yang tidak jauh dari lokasi kasut ini dibeli. Tak boleh! menjadi jawapan sebab memang begitu sistem yang diterapkan dalam semua rangkaian jualan Al-Ikhsan, katanya. Berkeras aku nak kasut macam tu jugak sebab memang dah berkenan sangat masa tu tapi apakan daya, muka tak hensem, ayat pun sudah tentu tak power. Rundingan berpihak kepada pihak penjual.

Dipendekkan cerita, aku kena tukar kasut lain yang sama atau lebih tinggi harganya. Terpaksa angkat PUMA Usain Bolt walaupun kena tambah duit lagi. Keselesaan kasut ini bagi aku masih belum berjaya menandingi New Balance yang dibeli sebelum ni. Entah, tak rasmi pakai pun lagi walaupun dekat dua minggu dah beli.

Sebelum perkara sama berulang, eloklah diteliti dulu kasut atau barangan lain yang hendak dibeli. Aku tak perasan cacat cela kasut tu sebab display yang aku cuba elok je. Silap aku gak tak cek perabis sebelum berangkat pulang. Nasib baik dekat dengan kediaman. Senang kerja...tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku.

View the original article here

Saturday, 19 July 2014

Pelik! Mengapa Kasut Ini Paling Ditakuti Banduan Penjara (5 Foto)

Dari luar fizikal, kasut ini tampak biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang menarik, cuba ia mirip seperti kasut orang pergi bekerja. Namun begitu, kami difahamkan kasut ini amat ditakuti sekali oleh banduan-banduan penjara. Mengapa ya? Oh rupa-rupanya kasut ini telah diletakkan dengan pemberat. Ia bertujuan untuk menyukar banduan tersebut melarikan diri. Menarik, jom lihat gambar di bawah ini.






















Kasut ini dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Bootatau man-killer. Kasut ini mempunyai berat di antara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduanuntuk mengelakkan mereka dari larikan diri. Selain itu, ramai banduan yang memakai kasut ini satu masa yang panjang akan menyebabkan masalah fizikal yang parah.




Sumber : Nizarazu

View the original article here