Kejam! Kanak-Kanak Tiga Tahun Dirogol Dan Diliwat Suami Pengasuh Di Kelang
| Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya
apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga
tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi. Dalam kejadian itu, mangsa
diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek
yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk
itu ketika isterinya keluar ke kedai.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan,
Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya
disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan
isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.
“Mangsa menceritakan kepada bapanya
suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki
anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya. Beliau berkata, hasil siasatan
mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke
kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel
sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.
Katanya, siasatan juga mendapati dalam
tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu
sekali. Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya
pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c
Kanun Keseksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan.