Kisah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka – Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani | Kalau dulu kita telah mebaca tentang Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat (LINK) dan Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci (LINK) yang menceritakan tentang akibat bagi orang yang tidak solat. Kisah terbaru ini pula diceritakan oleh Ustaz Nahrawi (bukan nama sebenar) tentang kisah isteri derhaka seorang rakannya yang bernama Arifin (bukan nama sebenar).
Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan. Benar atau tidak kisah
ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil
iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
Lama benar saya tidak berjumpa dengan
Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di
arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat
saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?†kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan
sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah.
badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,†balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah
menggelebeh. Seluar pun longgar,†Tambah Arifin sambil menarik lengan
baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di
pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya
serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui
saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di
sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustazâ€, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam
aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?†saya bertanya.
Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan
seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya
dalam-dalam.
“Entahlah.†katanya perlahan,
†Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan
dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh
macam orang terkena air Panas,â€kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah
membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang
di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,â€tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?â€saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap
kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam
lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga
sembuh,†jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh
menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing
menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,†tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita
kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu
licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan
yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi.
Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan
dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga
yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang
tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut
yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala
yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an,
rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang
sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia
bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia
mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain?
Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,†kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam duluâ€.
Di sebabkan doktor tempatan gagal
menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura.
Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang
dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari
penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah
bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan
menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,â€tambah Arifin.
“InsyaAllah.†Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan
ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang
diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya.
Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di
hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?â€
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya
dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap,
Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,â€kata
Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan
tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri .
Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,â€katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,â€Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz
jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif
sikit,†bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,â€kata
Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza
menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya
penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam
manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang
dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak
menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar
memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti
keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya
bertanya;â€Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah
kalau nanti awak tersinggungâ€.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,†jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau
yang.†soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya
maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,â€kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.â€
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu
kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis
untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza,
saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja
di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka
kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta
ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.â€
“Kalau macam tu, baguslah,â€kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat
yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya
nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan
ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,†kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya
keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila
Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya
itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya
petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau
yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin
supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian
Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak
menangis.
“Ustaz,â€katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustazâ€
“Kenapa?â€pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanyaâ€. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?â€
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.â€
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia
jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar
daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit
dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama
lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan
setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta
berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.â€Saya tak
sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya.
Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang
pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak
membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.†Kata Arifin tanpa
sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya
itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup
berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin
berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,â€kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu
terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada
suaminya terlebih dahulu.â€
Lagipun, dia sudah terlalu menderita,
sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah
sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan
saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah
lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.â€
“Ampunkan dia?†Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak
senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau
saya maafkan dia?â€tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak
pula dapat pahala,†jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah
demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun
Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya.
Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia
menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja
dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,†jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin
mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga
kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak
tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu
tunaikan solat,†kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya.
Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah
kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia
sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak
bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi
dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka.
Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis
dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan
dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah
ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir
dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham
isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran
dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri,
jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam.
Sumber: Facebook via Ustaz Love | Layari Kisah Tauladan Informasi Malaysia Kini
sumber