Wow. Makin cantik pula Abang Nara
tengok Leez AF ini. Makin berseri-seri wajahnya. Mungkin ini adalah
seri seorang bakal pengantin. Kalau ada yang terasa nak mengorat Leez,
sila lupakan hasrat anda. Leez telah pun bertunang dengan Aepul dari
kumpulan Drama Band dan bakal bergelar seorang isteri dalam tempoh 6
bulan lagi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.
Leez
dan Aepul memang sama cantik dan sama padan. Suka Abang Nara melihat
gambar ‘sweet’ mereka berdua. Kata Leez mengenai perancangan perkahwinan
mereka berdua:-
Perancangan untuk berkahwin itu sudah ada. Lagipun tidak elok melengahkan majlis perkahwinan kerana itu yang wajib dilakukan. Jika tiada aral melintang kami akan menamatkan zaman bujang kira-kira enam bulan dari sekarang. Saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami
Semoga
segala yang dirancang berjalan dengan lancar buat Leez dan Aepul. Tak
sabar nak melihat mereka berdua di atas jinjang pelamin kelak.
Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Leez dengan membaca
artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leez AF.