Mesej yang dihantar oleh Suliza meminta restu ibunya untuk berkahwin sebelum ini |
Melaka – “Ummi tolong adik ummi…adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.
Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu.
Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya.
Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang.
Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda