Susulan
tersebarnya video lelaki cina menyepak muka remaja Melayu kerana
ditangkap mencuri..hari ini Ketua Polis Negara telah memberi maklum
balas di ruangan Twitternya....
Untuk
pengetahuan semua, kejadian ini berlaku di Taman Dagang Ampang pada
bulan Februari dan video tersebut telah diviralkan di media sosial pada
hari yang sama tetapi polis Malaysia amnya dan Ketua Polis Negara TS
Khalid Abu Bakar diberitakan tak pernah peduli dengan isu ini.
Mungkinkah mereka cuba menghalalkan perbuatan salah laku Cina ini kepada
bangsa Melayu tetapi mereka tak rela dan tak halal kalau perempuan
melayu terakhir mengherdik lelaki tua Cina baru-baru ini.
Kita akui
pemuda Melayu ini bersalah tetapi sebagai menghormati kedaulatan
undang-undang kita sewajarnya menyerahkan kepada pihak polis untuk
mengambil tindakan. Kekadang terfikir sendiri apakah perlu untuk
membelakangi pihak polis kerana mereka seolah-olah tidak lagi jujur dan
amanah serta adil dalam menjalankan tugas mereka. Pemuda dalam video ini
terpaksa menjalani pembedahan hidung dan lelaki Cina itu terus bebas
begitu saja. Dalam erti kata lain tak siapa pedulikan tindakan kejam
lelaki Cina ini dan budak lelaki itu dipenjarakan 1 setengah tahun
kerana kesalahan mencuri.
Secara
tuntasnya, kes Kiki Kamaruddin selesai diambil tindakan serta pendakwaan
dalam masa seminggu tetapi kes Cina yang mengambil undang-undang rimba
ini terus diabaikan MUNGKIN kerana tiada LAPORAN POLIS