Pages

Showing posts with label Lelaki Saman Hospital. Show all posts
Showing posts with label Lelaki Saman Hospital. Show all posts

Monday, 16 June 2014

Lelaki Saman Hospital, Sebabkan Kemaluannya Pendek

Seorang lelaki dari Kanada mendakwa sebuah hospital yang cuai ketika membedahnya sehingga menyebabkan kemaluannya menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.
Ekoran kejadian itu, lelaki kini mempertimbangkan untuk menyaman Hospital Le Gardeur di Montreal ekoran kejadian itu, menurut laporan Toronto Sun.
Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan se*s dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.
Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.
Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.
Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan se*s.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.
Pembedahan itu menyebabkan beliau ‘kehilangan’ kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.
Lelaki itu juga mendakwa pembedahan itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan se*s selama dua tahun.