Pages

Showing posts with label Melahirkan. Show all posts
Showing posts with label Melahirkan. Show all posts

Sunday, 20 July 2014

Ibu Muda ini Terpaksa Melahirkan di Pusat Membeli Belah



Wanita yang satu ini tetap santai shopping di usia kehamilan yang sudah tua. Yang membuat heboh, saat sedang shopping, wanita ini mengalami penguncupan dan terpaksa melahirkan di pusat membeli-belah Primark di Birmingham.



Wanita yang tidak diketahui identitinya ini membuat kehebohan di pusat membeli-belah bandar Birmingham. Saat sedang membeli-belah, wanita yang sedang hamil tua ini mengalami penguncupan dan terpaksa melahirkan di jalan depan kedai Primark.



Beberapa pekerja membentangkan kain di sekitar wanita untuk mencegah orang lain melihat proses melahirkan yang sangat mengejut ini. "Kami fikir ada persembahan di jalan itu," ujar seorang pejalan kaki. "Namun setelah didekati, ternyata ada seorang wanita yang melahirkan. Dia kelihatan sendirian dan tidak ada pegawai-pegawai perubatan di sana," katanya lagi.



Beruntung, ada seorang doktor yang melalui di jalan ini ketika proses melahirkan berlangsung. Tidak boleh menunggu hingga ambulance datang, proses melahirkan tetap perlu dilakukan walaupun di tempat yang tidak sepatutnya. Beberapa orang yang tahu kejadian ini memberikan semangat agar sang wanita tetap kuat dan melahirkan dengan selamat.





Tepuk tangan dari para pejalan kaki mengiringi tangis bayi yang lahir dengan selamat. Walaupun dengan segala keterbatasan dan bukan di tempat yang sepatutnya, wanita ini cukup kuat dan melahirkan bayi yang sihat. Doktor yang kebetulan lewat di bantu pegawai Primark membantu proses melahirkan yang cukup mendebarkan ini.




Pasukan perubatan baru datang 10 minit kemudian. Sang wanita dan bayinya langsung dibawa ke dalam ambulance untuk mendapat rawatan di hospitalt. Dari laporan terkini, sang wanita tampak sihat dan bayi perempuan yang baru lahir juga kelihatan sihat.




dailymail, BBC

View the original article here

9 Petua Mudah Bersalin, Agar Lancar Melahirkan Bayi



Setiap wanita dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia. Petua mudah bersalin bukan sesuatu yang dibuat-buat.

Juga, sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Ia seperti satu perjuangan anta hidup dan mati seseorang ibu.
Oleh sebab itulah jika seseorang wanita meninggal semasa bersalin dikira sebagai syahid. Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam, anggaplah kesakitan ketika bersalin itu sebagai kafarah dosa.

Para ibu yang hamil biasanya tertanya-tanya apakah ada cara untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan yang ditanggung tidak lama. Jawapannya ialah YA.

Kita sememangnya perlu untuk berusaha mencari maklumat dan berkongsi pengalaman bersalin agar dapat dijadikan panduan dan pengajaran antara satu sama lain. Setiap kelahiran adalah berbeza proses bersalin yang akan dilalui walaupun sudah mempunya ramai anak.

Berikut merupakan beberapa usaha yang boleh diaplikasi semasa hamil dan semasa proses bersalin untuk membantu melancarkan proses bersalin:


Banyakkan membaca buku & menimba ilmu
Banyakkan membaca buku & menimba ilmu


1. Menimba pengetahuan
Kajian dan tinjauan harus dibuat semasa hamil. Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara, mahupun jiran tetangga. Mereka pasti teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak. Ibu hamil juga perlu meluaskan pengetahuan melalui pembacaan. Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi. Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan. Ianya percuma sahaja di hospital kerajaan.


Dekatkan diri kepada Allah
Dekatkan diri kepada Allah


2. Persediaan mental dan rohani
Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Apabila anda yakin, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa, dan selepas bersalin.


Bersenam atau 'exercise' untuk kekalkan tahap kecergasan
Mengandung bukan satu alasan tidak bersenam


3. Persediaan fizikal
Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan. Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, segeralah mencari penawar agar sistem dalam badan tidak terganggu terlalu lama. Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.



Tarik nafas dalam-dalam
Tarik nafas dalam-dalam


4. Menenangkan diri
Walaupun sakit, ibu harus berusaha untuk bertenang. Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin. Kebiasaannya, kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.


Banyakkan makan buah-buahan tempatan
Makan makanan yang berkhasiat


5. Alas perut
Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong. Sekurang-kurangnya makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut sebagai alas perut.



Minyak kelapa dara, bukan buah kelapa muda!
Minyak kelapa dara, bukan buah kelapa muda!


6. Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagia perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.



Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa
Susah nak cari telur ayam kampung


7. Telur ayam kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan. InsyaAllah ianya akan membantu dalam proses bersalin anda. Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.



Biasa-biasakan makan sayur bendi
Biasa-biasakan makan sayur bendi


8. Bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin, malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetis, dan jaundis. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam, ditumis, dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.


Sebelum minum air zam-zam, selawat dulu
Sebelum minum air zam-zam, selawat dulu


9. Kurma dan air zam zam

Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera. Ia pantas diproses dan diserap. Selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium.
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.

Kesimpulan
Demikianlah 9 cara yang boleh dicuba untuk membantu melancarkan proses bersalin. Ibu-ibu yang sedang hamil jagalah pemakanan anda dan pilihlah makanan dari sumber yang halal. Usah bimbang akan sakit bersalin kerana telah berjuta-juta wanita melalui proses kelahiran dengan selamat walaupun berkali-kali.
Sesungguhnya wanita memang diciptakan istimewa dengan kemampuan untuk mengandung dan melahirkan anak. Mudah-mudahan apa yang ibu-ibu sekalian usahakan dapat mengurangkan bebanan sakit hendak bersalin dan melancarkan proses bersalin. Kesemua kesakitan akan lenyap serta merta setelah keluarnya bayi comel dari rahim ibunya.
Tidakkah anda teruja wahai ibu hamil sekalian? Kuatkan semangat anda. Nikmati pahit manis perjalanan sebagai ibu hamil sehinggalah saatnya bayi anda dilahirkan anda akan merasai kegembiraan yang tidak terucap.
Semoga bermanfaat.
sumber
View the original article here