Sebuah syarikat di sini menghasilkan apa yang dipercayai robot pertama di dunia yang boleh ‘membaca’ emosi manusia.
Menurut syarikat berkenaan, Softbank, robotnya yang diberi nama Pepper akan mula dijual Februari dengan dengan harga 198,000 yen (RM5,900).
Meskipun tidak berkaki, Pepper dilengkapi tangan yang boleh memujuk. Menurut syarikat berkenaan, Pepper menggunakan ‘enjin emosi’ dan kepintaran buatan untuk mengkaji tingkah laku, ekspresi dan nada perbualan manusia.
“Matlamat kami ialah untuk menghasilkan robot pengasih yang boleh membuat orang tersenyum,” kata syarikat berkenaan.
Menjadikan robot sahabat adalah popular di Jepun, tetapi sehingga ini belum ada robot seumpama itu yang mencapai kejayaan besar di pasaran. - Agensi