Pages

Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Kejam..!!.Wanita Mengandung Ini Dibunuh Dan Di Belah Perutnya

 MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.

Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata.
Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
"Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya," kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya.

Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung.
Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil.
Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.

Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu.
Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.

SUMBER: KOSMO
View the original article here

Monday, 4 August 2014

Syella Kamaruddin Sarat Mengandung

Kisah Syella Kamaruddin ini kalau diimbas kembali memang penuh epik. Kalau anda masih ingat, bekas penyanyi awal tahun 2000 ini pernah muncul dengan kontroversi perkahwinan yang dikatakan melibatkan kos sehingga RM15 juta! Kos RM15 juta itu turut merangkumi hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta dan sebuah kereta sport mewah Audi R8. Kalah Siti Nurhaliza tau!

Apa lagi, berpusu-pusulah para wartawan mengejar kisah perkahwinannya yang sekaligus menenggelam impian ‘wedding of the year’ mana-mana artis yang turut berkahwin pada akhir tahun lepas.

Bagaimana pun, kisah perkahwinannya agak pelik kerana identiti suaminya amat dirahsiakan atas faktor peribadi. Apa lagi, ramai orang mula berteka-teki, ada yang kata Datuk A, Tan Sri B, Tun C. Popularnya kisah perkahwinan Syella Kamaruddin ini tak terhenti di komuniti Melayu, malah akhbar berbahasa Cina pun tertarik nak buat bahan berita. Hebat sungguh, kan?

Kini, setahun sudah berlalu. Syella Kamaruddin kembali membawa khabar gembira dengan perkongsian sekeping fotonya yang sedang sarat mengandung. Tahniah kami ucapkan, dan semoga berbahagia!

Sumber
View the original article here