Pages

Showing posts with label Mengenai. Show all posts
Showing posts with label Mengenai. Show all posts

Tuesday, 29 July 2014

Luahan mengejut Enot mengenai perangai sebenar bekas suami

Luahan mengejut Enot mengenai perangai sebenar bekas suami - Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.

Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami. 

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik." 

Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.




View the original article here

Sunday, 11 May 2014

Punca Nora Danish Respon Mengenai Kecantikan Yang Dimilikinya



Pelakon terkenal yang menjadi idaman ramai jejaka, Nora Danish telah dikritik wajah jelita Nora yang tidak mengenakan sebarang solekan menerusi laman sosial Instagram.

Lalu, berlakulah sedikit pertengkaran di laman Instagram Nora kerana ada segelintir peminatnya tidak berpuas hati dengan komen tersebut.




Mungkin kerana enggan membiarkan perkara itu berlarutan, Nora Danish telah tampil membalas komen tersebut menjelaskan kecantikan bukanlah segala-galanya.




Tidak cukup dengan itu, beliau turut menasihati peminatnya supaya tidak membeza-bezakan antara manusia dan mengingatkan bahawa cantik akhlak itu yang terbaik.




View the original article here