Pages

Showing posts with label Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia. Show all posts
Showing posts with label Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia

Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia | Seperti menonton filem Dracula pula. Watak hantu yang dikatakan gemar menghisap darah mangsanya. Namun kisah ini lain pula ceritanya. Seorang wanita yang sudah bergelar seorang ibu mempunyai tabiat yang pelik apabila dikatakan gemar menghisap darahmanusia. Ketagihan itu bermula apabila ia mengigit leher leher teman lelakinya sehingga mengeluarkan darah. Bagi kita ia sememangnya nampak geli. Macam dah tak ada minuman lain dalam dunia ini.
darah2
Wanita pontianak. Itu gelaran yang diberikan kepada Julia Caples, 45, yang gemar meminum darah manusia hingga kadang-kala mencecah hingga dua liter sebulan.
Julia yang mula ketagih darah sejak remaja itu, mendapat bekalan darah daripada penderma sejak lebih 30 tahun lalu.
Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun itu percaya, dia kekal muda dengan meminum darah, sama seperti filem Twillight.
Julia bagaimanapun cuba mengelakkan daripada menunjukkan tabiat berkenaan kepada Alexi manakala Ariel pula membenci hobi pelik ibunya itu dan memintanya supaya berhenti daripada meminum darah manusia.
darah
Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, ia bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas dia pertama kali mencium teman lelakinya.
“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya suka dengan darah itu. Saya tidak dapat menerangkan bagaimana perasaan ketika itu namun selepas kejadian tersebut, dia tidak lagi mencium saya,’’ katanya.
Ketika itu Julia tidak terus mengalami ketagihan terhadap darah sehinggalah dia bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.
Kedua-duanya turut minum darah satu sama lain namun Donald menghentikan kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.
“Donald tidak mahu lagi minum darah. Kami bersetuju bahawa salah seorang daripada kami perlu berhenti daripada tabiat ini bagi memfokus kepada anak-anak,’’ katanya.
Julia yang menulis blog mengenai pontianak menggunakan nama Lady DarkRose berkata dia menyedari mengenai risiko terhadap kesihatannya namun semua penderma darah akan diuji terlebih dahulu bagi mengesahkan bahawa mereka bebas penyakit termasuk AIDS atau HIV.
“Saya tahu secara saintifiknya darah tidak mengandungi banyak khasiat namun mungkin ada perkara lain yang kita belum ketahui.
“Saya rasa lebih cantik setiap kali minum darah dan tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan yang serius,’’ katanya yang pernah minum hingga setengah gelen darah sebulan.