Umum mengetahui pelakon popular, Sari Yanti pernah menfailkan penceraian
terhadap suami, Mohd Eddy Casmady pada 25 Februari lalu di Kompleks
Mahkamah Syariah Seremban namun sehingga kini kes tersebut tertangguh
dan terbatal.
Sejak itu, cerita tentang rumahtangga mereka tidak lagi kedengaran dan
senyap begitu sahaja. Ini memberi gambaran bahawa hubungan Sari Yanti
dan Mohd Eddy Casmady sudah pulih seperti sediakala. Berikut ialah
penampilan terkini Sari Yanti di Hari Raya kelima.