Pages

Showing posts with label Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pinang. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Punca wanita bogel berkeliaran Jalan Pondok Upeh, Pulau Pinang didedahkan

Punca wanita bogel berkeliaran Jalan Pondok Upeh, Pulau Pinang didedahkan - Susulan penyebaran beberapa keping gambar seorang wanita dalam keadaan bogel berkeliaran di tengah Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam, ia kemudian menjadi viral di laman sosial.



Ramai menyangka kejadian pelik itu berlaku di Jalan Kunak-Tawau, Sabah namun hakikatnya ia berlaku di negeri Pulau Pinang kira-kira jam 8.45 pagi semalam.



Bagaimanapun, wanita terbabit sudah ditahan oleh pihak berkuasa dan dihantar ke Hospital Jalan Perak untuk rawatan dan tindakan lanjut, manakala ahli keluarga mangsa juga turut telah dihubungi.



Mengikut hasil siasatan pihak berkuasa mendapati wanita tersebut sebenarnya merayau-rayau di jalan berkenaan tanpa sebarang pengenalan diri dan dipercayai kurang waras atau tidak siuman.






View the original article here

Saturday, 22 March 2014

Pocong Di Jambatan Ke 2 Pulau Pinang




Imej Pocong Berjaya Dirakam Atas Jambatan Kedua P. Pinang? | Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.

Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.

Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.

Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.


Klik untuk besarkan




Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.


Klik untuk besarkan


Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air.

View the original article here