Pages

Showing posts with label Plastik. Show all posts
Showing posts with label Plastik. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Preity Zinta buat bedah plastik pada bahagian payudaranya?

WAJAH dahulu dan terkini Preity Zinta hasil pembedahan plastik yang dilakukannya.

MELAKUKAN pembedahan plastik untuk kelihatan jelita bukanlah perkara luar biasa bagi sesetengah wanita kerana mereka sanggup membiarkan wajah ditoreh oleh doktor, asalkan tampak jelita. Tambahan pula jika bergelar artis, pasti kejelitaan yang diutamakan.

Salah seorang artis yang dikatakan telah melakukan pembedahan wajah bagi kelihatan jelita adalah pelakon Preity Zinta yang pada pandangan kita sudahpun cukup cantik. Namun pada Preity, kejelitaannya itu mungkin belum memuaskan hati.

Sehubungan itu, timbul cerita di Bollywood yang mendakwa pembedahan plastik yang dilakukan oleh Preity Zinta itu mendapat kecaman daripada peminat yang tidak suka dengan tindakannya itu.

Para peminat beranggapan pelakon filem The Hero: Love Story of a Spy dan Kal Ho Naa Ho sudah cukup jelita dan tidak perlu melakukan pembedahan pada wajahnya.

Ramai pihak telah berdebat tentang tindakannya melakukan perubahan di wajahnya bagi kelihatan lebih menarik. Ada sebilangan peminatnya turut berang dengan tindakan yang dibuat olehnya. Mereka beranggapan, Preity Zinta sudah cukup cantik dengan wajah semula jadinya itu.

Lebih menguatkan lagi tentang dakwaan itu seperti yang dilaporkan dalam portal Bollywoodlife.com, kebanyakan pemilik kedai kosmetik turut memberitahu bahawa kemungkinan besar Preity telah lakukan banyak prosedur pembedahan.

Dakwaan antara suntikan dan proses pembedahan tielah dia lakukan ialah, pengubahsuaian bentuk wajah, suntikan botox, suntikan bibir dan kemungkinan dia turut lakukan implan membesarkan payu daranya.

Portal Bollywoodlife.com dan majalah yang telah membuat perbandingan berhubung bentuk wajahnya yang telah berbeza dengan menggunakan gambar lama dan gambar terbaharu.

Hasil daripada analisis itu turut mengenal pasti bahagian yang paling ketara ialah di bahagian muka dan bentuk badannya.

Spekulasi turut kedengaran, pelakon berusia 39 tahun ini telah mengubahsuai hidungnya dengan mengecilkan sedikit tulang hidung dan membesarkan payu daranya. Perubahan itu nampak ketara apabila dia berada di hadapan khalayak dan ramai yang nampak perubahan bentuk badannya yang berbeza daripada dulu.

Di samping itu juga, hasil kajian yang lebih mendalam oleh pakar kosmetik, pelakon ini juga turut melakukan pembedahan membesarkan bahagian matanya bagi kelihatan seperti pelakon Hollywood.

Sebelum ini, raut muka Preity Zinta kelihatan agak bulat tetapi baru-baru ini wajahnya berubah sedikit bujur. Struktur wajah terbaharunya itu kelihatan lebih menawan ditambah lagi dengan lesung pipinya itu.

Begitu juga dengan bibirnya yang diubah sedikit dan ditambahkan lagi dengan implan.

Menurut pakar kosmetik itu lagi, pembedahan plastik yang dilakukan Preity Zinta itu bukanlah satu perkara yang baharu, malah ada juga sebilangan selebriti turut melakukan perkara yang sama.

?Tidak dinafikan, ada juga sesetengah orang mengalami perubahan bentuk wajah disebabkan penurunan berat badan. Melihatkan perubahan mata pada diri dia, membuktikan Preity telah melakukan pembedahan plastik di bahagian tubuh badannya.

?Mungkin ada kemungkinannya tentang spekulasi yang dialami pada dirinya itu betul. Tetapi ianya tidak hanya boleh diambil sebagai sesuatu yang betul selagi empunya badan mengesahkan perkara tersebut," kata pakar kosmetik dalam sebuah portal hiburan di India.

Melihat kepada perubahannya itu, ramai beranggapan bahawa Preity Zinta kelihatan lebih cantik membuktikan pembedahan plastik tersebut telah berjaya meningkatkan nilai dirinya.

Dia antara pelakon wanita India yang paling terkenal dan boleh dikatakan kecantikan itu tidak boleh disangkal lagi kerana diperakui ramai pihak yang begitu tertawan dengan raut wajah Preity Zinta yang begitu manis dipandang.

Pada 2003, lakonannya terus dihargai apabila menerima Anugerah Filmfare bagi kategori Pelakon Terbaik menerusi filem Kal Ho Naa Ho.

Atas penghargaan itu, dia terus nekad menerpa nama lagi dengan berlakon dalam filem fiksyen sains, Mil Gaya pada 2003 yang merupakan kejayaan komersial terbesarnya.

View the original article here

Monday, 7 July 2014

Gadis Hodoh Jadi Popular Selepas Lakukan Pembedahan Plastik


Gadis yang berusia 29 tahun Sun Young jadi polpular selepas muncul di sebuah dokumentari pembedahan kosmetik di Korea baru-baru ini.



Perubahan yang amat drastik ini membuat dia serta-merta terkenal kerana dia telah berubah dari apa yang sesetengah orang akan panggil "hodoh" jadi cantik melalui pembedahan.




















sumber


View the original article here

Friday, 4 July 2014

Gambar Pembedahan Plastik Yang Pertama Di Dunia

Willie Vicarage, yang menderita luka pada bahagian wajah yang dialaminya dalam Pertempuran Jutland pada tahun 1916, beliau adalah salah satu daripada orang-orang pertama yang menerima pembinaan semula muka menggunakan pembedahan plastik.

Antibiotik tidak lagi dicipta, bermakna ia amat sukar untuk cangkukan tisu daripada satu bahagian badan yang lain kerana jangkitan sering terjadi. Tetapi ketika merawat Vicarage, Dr Gillies mencipta "tubed pedicle." Ini menggunakan flap kulit dari dada atau dahi dan "ditarik" ke bahagian tempat pembetukkan semula wajah.




















View the original article here

Monday, 17 March 2014

Pembedahan Plastik Dagu VERSI KOREA YANG BADASS (4 Gambar)

type='html'>
Selepas pembedahan plastik pada bahagian muka dan payudara, kini pembedahan pada dagu menjadi semakin terkenal terutamanya di Korea Selatan. Serious comel, nak satu awek korea!




View the original article here