Mempunyai badan yang tinggi , memang idaman kebanyakan orang . Namun jika terlalu tinggi , justru menjadi halangan terutama untuk mencari jodoh . Tetapi hal itu tidak berlaku bagi Elisany de Cruz Silva . Remaja perempuan tertinggi sedunia dengan tinggi 203 cm , akan segera berkahwin .
Lelaki yang sanggup meluluhkan hati Elisany adalah Francinaldo da Silva . Francinaldo melamar pujaan hatinya itu , setelah 3 tahun bercinta . Tetapi jangan berfikir bahawa Francinaldo mempunyai tubuh tinggi . Kerana tinggi lelaki berusia 23 tahun ini lebih pendek 40 cm dari Elisany , iaitu 163 cm .
Meskipun wanita sangat tinggi , hal itu tidak membuat Francinaldo membatalkan niat untuk berkahwin dengannya . Justru ia merasa impiannya untuk berkahwin dengan perempuan tinggi terkabul . " Saya selama ini sangat ingin bersama wanita tinggi dan Elisany sesuai sekali dengan itu , " kata Francinaldo seperti yang dilaporkan oleh Oddity Central .
Lelaki yang melamar Elisany pada Mac lalu ini mengaku sangat bahagia boleh berkahwin dengan pujaan hatinya . " Dia adalah orang yang sangat berbeza dan saya tahu saya boleh membuat dia juga bahagia , " kata Francinaldo . Sekarang pasangan kekasih ini tinggal di Salinopolis , Brazil .
Keduanya sudah komited untuk akan melangsungkan perkahwinan , dan ingin segera mempunyai buah hati .