Pages

Showing posts with label Romantik. Show all posts
Showing posts with label Romantik. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

Gambar romantik terkini Awie dan Erra Fazira di jalan raya

Gambar romantik terkini Awie dan Erra Fazira di jalan raya - "Baling belakang - semalam... sessi photoshoot.. buat tatapan raya pertama.. dengan siapa.. hmmm.. cer teka.." Itulah bunyi kapsyen yang ditulis oleh Erra Fazira bagi menggambarkan sekeping gambar romantiknya bersama Awie di jalan raya.

Memang amat mengujakan para peminat apabila melihat dua selebriti paling sensasi di industri tempatan ini kembali disatukan dalam sesi photoshoot semalam.

Gambar tersebut dimuatnaik Erra di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat. Pasti ramai sudah lama merindui gandingan mereka berdua suatu ketika dulu.







View the original article here

Thursday, 15 May 2014

Gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan

Gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan - Sememangnya suami bekas pelakon Abby Abadi seorang yang amat romantik dan tenang. Mungkin sebab itulah hubungan mereka tetap bahagia sehingga sejak berkahwin Julai tahun lalu.

Farhan atau nama sebenarnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar baru berusia 24 tahun ketika berkahwin dengan Abby Abadi namun usia nampaknya bukan bagi jejaka kacak ini bergelar bapa kepada anak-anak Abby hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Norman Hakim.

Jom layan tiga keping gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan yang pasti dicemburui oleh ramai pasangan artis lain. Tak semestinya kahwin lelaki muda hubungan itu tak bahagia, tak gitu? Asalkan jumpa lelaki yang benar-benar ikhlas menyintai.








View the original article here

Monday, 12 May 2014

Punca 2 Gambar Romantik Lisa Dan Yusri Berpeluk Atas Katil Tersebar!



Inilah gambar terbaru Lisa dan Yusry hanya pakai pyjamas atas katil ketika sambutan harijadi Lisa Surihani bulan lepas.

Kini usia pelakon cantik dan comel ini telah mencecah 27 tahun. Romantik sungguh penangan dua selebriti hebat ini ketika bergambar di atas katil dengan hanya memakai baju tidur.

Sinar kebahagian jelas terpancar pada kedua-dua wajah mereka sejak berkahwin beberapa tahun lalu. Benarlah kata Yusry, Lisa seorang wanita yang sangat memahami dan tidak mudah melatah kalau ada perselisihan faham antara mereka. Saksikan foto dibawah…







View the original article here