SADIS!!! Mayat Remaja Murtad Yang Tidak Diterima Bumi | Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata!
Kisah (a)
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara
motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu
dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan
lain-lain.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan
terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang
diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur
kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh' tersebut tidak merayau,
namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di
dua bahagian badan si mati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui
apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian
terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas
itu, rohnya tidak merayau lagi......
Pengajaran:
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada si mati berlambangkan salib dan
si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya
berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut
adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Kisah (b)
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.
Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu
hari, di hadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan.
Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan
dikebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam
masjid mendengar suara menangis dari kubur si mati. Ditanya pada ahli
keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...
Namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan
diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar si mati dan mayatnya pun
dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran....
Berhati-hati dengan dakyah agama lain. Sesungguhnya, tiada agama yang benar-sebenar-benarnya melainkan agama Islam!