Pages

Showing posts with label SUPERKOMPUTER. Show all posts
Showing posts with label SUPERKOMPUTER. Show all posts

Saturday, 5 July 2014

SUPERKOMPUTER BONGKAR TEKA-TEKI AYAM ATAU TELUR DAHULU






TELUR dulu ke ayam dulu?
Ini adalah teka-teki kuno yang sampai sekarang sukar ditentukan jawapannya. Masing-masing mempunyai jawapan yang tersendiri, sehinggakan sesetengah orang tidak lagi mahu melayan teka-teki yang tidak berkesudahan begini.

Walaubagaimanapun, teka-teki ini tidak hanya berlegar di sekitar tanah air sendiri, malah ia turut diperhatikan di luar negara dan melibatkan penyelidikan saintifik.

Misalnya baru-baru ini, kumpulan penyelidik dari Universiti Shefield dan University Warwick, United Kingdom mengesahkan bahawa jawapan sebenar bagi persoalan teka-teki tersebut ialah ‘ayam’ yang terlebih dahulu muncul sebelum ‘telur’.

Ringkasnya, bahan yang menghasilkan cengkerang telur berasal dari protein yang hanya terdapat dalam tubuh ibu ayam. Justeru, telur hanya akan diproses dalam tubuh ayam. Kumpulan penyelidik dari universiti tersebut menggunakan superkomputer bagi menghasilkan simulasi model proses pembentukan sebiji telur ayam.

Mereka menemukan bahawa protein yang diberi nama ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis bagi mempercepatkan proses pembentukan cengkerang telur.


Dengan superkomputer HECToR yang berada di University Edinburgh, Scotland, penyelidik membuat kesimpulan bahawa OC-17 sangat penting dalam proses penghabluran yang merupakan tahap awal pembentukan cengkerang kulit telur. Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal keras yang menjadi komposisi utama kulit telur.

OC-17 mempercepatkan penghasilan kulit telur dalam tubuh ayam sehingga dalam tempoh 24 jam sebiji telur terhasil. Penemuan ini jelas membuktikan bahawa telur tidak dapat dihasilkan tanpa protein OC-17 yang terdapat dalam tubuh ayam. Maka terbukti bahawa, ayam terlebih dahulu perlu wujud sebelum telur. Terjawablah sudah teka-teki unik ini yang berlansung sejak sekian lama tanpa jawapan konkrit!.

-dailytech-
View the original article here