Pages

Showing posts with label Sadis! Lelaki Ini Berkahwin Beberapa Jam Sebelum Meninggal. Show all posts
Showing posts with label Sadis! Lelaki Ini Berkahwin Beberapa Jam Sebelum Meninggal. Show all posts

Sunday, 6 July 2014

Sadis! Lelaki Ini Berkahwin Beberapa Jam Sebelum Meninggal

Ini adalah  kisah yang dijamin akan membuat anda menangis . Awal bulan ini di Filipina, seorang lelaki berusia 29 tahun berkahwin dengan wanita yang dicintainya, yang telah memberinya anak perempuan berusia 2 tahun. Perkahwinan dilangsungkan di sebuah hospital di mana pemuda itu meninggal beberapa jam kemudian.

Rowden Go dan Leizel May  pada awalnya akan berkahwin pada 8 Julai, ulang tahun Rowden yang ke-30. Malangnya, rancangan tersebut perlu dimajukan menjadi bulan Mei selepas pengantin lelaki didiagnosis menderita kanser hati  tahap IV, yang bermakna perkahwinan bulan Julai adalah hal yang tidak mungkin.

 Permintaan terakhir Rowden adalah untuk berkahwin dengan Leizel. Bahkan yang lebih menyedihkan adalah perkahwinan harus berlangsung di hospital kerana Rowden terlalu sakit untuk dipindahkan dari tempatnya berbaring. Selepas 12 jam persiapan, perkahwinan dilakasanakan, Rowden mengenakan tuksedo putih di katil hospital dan Leizel memakai pakaian putih yang sesuai.

 Puteri mereka Zakiah juga mengambil bahagian sebagai gadis bunga, dan pasangan itu dikelilingi oleh keluarga mereka yang tersenyum bercampur tangis. Perkahwinan berlangsung singkat, malangnya, Rowden meninggal sepuluh jam kemudian.
  

Jom saksikan video berikut ini: