Pages

Showing posts with label Sambutan. Show all posts
Showing posts with label Sambutan. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

8 Foto sambutan ulangtahun kelahiran Diana Danielle

Ramai pula selebriti yang suka buat transformasi sekarang ni kan. Semalam, Nazim Othman dah jadi ikan duyung kacak, hari ini Diana Danielle pula dilihat bertukar jadi Harry Potter.


Mula-mula kami pun pelik juga kenapa Diana Danielle dress up ala-ala hero epik fantasi tu. Rupa-rupanya beberapa orang kenalan rapatnya seperti Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani membuat sambutan hari lahir Diana semalam.



Sambutan yang kecil tetapi tetap meriah. Sudah tentu Diana bertambah gembira apabila suami yang tercinta, Farid Kamil dan anaknya juga berada di majlis tersebut.

Walaupun baru sahaja berumur 22 tahun, kami dapat lihat bahawa Diana sudah jauh lebih matang berbanding usianya. Bayangkan di usia semuda itu, dia sudah bergelar isteri, seorang ibu dan juga mempunyai kerjaya yang mantap. Rasanya tak semua orang mampu untuk tanggung komitmen sebesar itu kan?



Sumber asal : Portal Ohbulan




















View the original article here

Thursday, 31 July 2014

Gambar Sambutan Hari Raya Di Gaza





KUALA LUMPUR: Masyarakat Palestin di sini akan menyambut Aidilfitri dalam suasana suram susulan operasi ketenteraan Israel di  Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Mohammad Alherbawi berkata sekurang-kurangnya lapan anggota masyarakat Palestin di sini kehilangan keluarga kerana terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

"Jentera perang Israel menyebabkan kami tidak dapat menikmati kegembiraan pada hari yang mulia ini.

"Bagaimanapun, kami masih menyambut Aidilfitri dan berkumpul untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup seperti rakyat di negara lain di dunia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata anggota masyarakat itu akan berkumpul untuk acara kecil-kecilan yang menampilkan ceramah dan sesi khusus untuk kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 3,000 orang Palestin di Malaysia ketika ini, katanya.

Sementara itu, Muslim Imran, yang menetap di Malaysia kira-kira 10 tahun, mengaku bukan mudah untuk masyarakat Palestin menikmati 'kuih raya' apabila rakan senegara mereka dibunuh beramai-ramai oleh rejim zionis.

"Kebanyakan rakyat Palestin di sini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini akan diadakan secara kecil-kecilan atau dibatalkan," kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PCOM.

Beliau berkata satu majlis khas mungkin dianjurkan bagi keluarga mereka yang terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Mohammad Makram Balawi pula mengutuk Tel Aviv kerana melancarkan serangan pada bulan Ramadan sehingga menyebabkan bulan mulia ini dicemari dengan darah rakyat yang tidak berdosa.

"Saya menaruh harapan agar kanak-kanak kami sekali lagi akan dapat menyambut Aidilfitri di sebuah negara Palestin yang bebas, dan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dapat kembali ke tanah air.
"Ia akan menjadi saat yang paling gembira untuk kami semua," katanya.

Beliau merupakan penuntut sebuah universiti di sini di peringkat doktor falsafah dan telah menetap di Malaysia sejak lima tahun lepas bersama isteri serta anak-anaknya. Awani









View the original article here